Gaji Minima Yang Bank Terima Untuk Loan Kereta


Gaji Minima Yang Bank Terima




Perhatian: Ini adalah salah satu langkah dalam proses beli kereta. Ketahui gaji minima yang bank terima!


Gaji Minimum Yang Bank Terima


Antara salah satu kriteria yang dinilai oleh pihak bank apabila anda memohon pinjaman untuk membeli kereta Perodua Axia,Perodua Bezza, Perodua Myvi dan Perodua Alza ialah gaji anda. 

Apakah perbezaan gaji pokok (basic salary). gaji kasar (gross salary) dan gaji bersih (net salary)?

Gaji Pokok (Basic Salary)
1. Gaji pokok atau "basic salary" ialah gaji asas yang diberi oleh pihak syarikat. Jumlahnya tetap setiap bulan.

Gaji Kasar (Gross Salary)
1. Gaji Kasar atau "gross salary" ialah jumlah keseluruhan gaji yang anda terima untuk bulan-bulan yang berlainan. 

2. Jumlah keseluruhan gaji kasar termasuklah gaji pokok + elaun / overtime (OT) / Komisyen ( Commision) / Claim / Bonus

Gaji Bersih (Net Salary)
1. Gaji bersih atau "net salary" ialah jumlah yang tinggal selepas ditolak perbelanjaan anda.

2. Perbelanjaan ini bermaksud KWSP , SOCSO, Tax dan lain-lain lagi.

3. Formulanya ialah Gaji Kasar - Perbelanjaan = Gaji Bersih

Jadi gaji yang mana satu Bank akan nilai? Gaji bersih, gaji kasar atau gaji pokok?

1. Jawapannya ketiga-tiga gaji bank akan diambil kira dalam permarkahan (scoring) anda.

2. Secara umumnya pendapatan individu terbahagi kepada dua iaitu individu berpendapatan tetap (fixed earner) dan individu yang berpendapatan tidak tetap (variable earner)

Gaji Minimum Untuk Membeli Kereta Perodua bagi Individu Berpendapatan Tetap:

1. Gaji Pokok (Basic Salary) = RM2,000 tanpa komitmen lain
Untuk individu jenis berpendapatan tetap ialah RM2,000 jika individu itu tidak mempunyai elaun tetap yang lain.

2. Gaji Pokok (Basic Salary) + Elaun Tetap (Fixed Allowance) = RM2,000 tanpa komitmen lain.
Selalunya untuk yang bekerja kerajaan, elaun tetap banyak tetapi gaji pokok dalam linkungan RM1,500. Jangan risau. Bank masih terima selagi gaji pokok dan elaun tetap anda melebihi RM2,000.

3. Gaji Pokok +(( Elaun Tidak Tetap ( Variable Allowance) x 75% )) = RM2,000 tanpa komitmen lain.
Untuk individu yang ada elaun seperti bayaran kerja lebih masa (overtime), maksimum yang bank boleh terima ialah 75% dari jumlah bayaran "overtime" anda. Contohnya anda overtime anda untuk bulan ini ialah RM100. Maksimum yang bank boleh kira dan masukkan dalam pengiraan gaji anda ialah RM75. Jadi katakanlah gaji pokok (basic salary) anda ialah RM1900. Pengiraannya seperti dibawah:

RM1,900 + RM75 = RM1975

Setiap bank lain peratus overtime yang diambil. Ada bank yang hanya ambil 40% sahaja. Maksimum yang saya jumpa ialah 75%. Untuk selamat, anda boleh membuat pengiraan dalam 60% sahaja.

Gaji Kasar (Gross Salary) Minimum Untuk Membeli Kereta Perodua bagi Individu Berpendapatan Tidak Tetap (Variable Earner)


1. Gaji Pokok + (Elaun Tidak Tetap x 75%) = RM2,000 tanpa komitmen lain

2. Elaun tidak tetap seperti komisyen jualan, bank hanya kira 75% ke bawah sahaja. Cara pengiraannya ialah ambil 6 bulan slip gaji anda. Tambahkan semua komisyen yang anda dapat dan bahagikan dengan 6 untuk mendapat purata komisyen yang anda dapat setiap bulan. Kemudian darabkan dengan 75% dan tambahkan kembali dengan gaji pokok anda jika ada. Contoh pengiraan:

Gaji pokok = RM1000

Komisyen Januari = RM2,000
Komisyen Februari = RM3,000
Komisyen March = RM4,000
Komisyen April = RM1,000
Komisyen May = RM3,000
Komisyen Jun = RM2,000
Jumlah keseluruhan = RM15,000 untuk tempoh 6 bulan

RM15,000 / 6 bulan = RM2,500 purata komisyen yang diterima setiap bulan.

RM1,000 + RM 2,500 = RM3,500 purata gaji setiap bulan.

3. Jadi gaji yang bank kira untuk dimasukkan ke dalam sistem ialah RM3,500 untuk individu ini.

Apakah Gaji Bersih (Net Salary) Atau Gaji Minima yang Bank Terima?

1. Gaji bersih yang bank terima ialah selepas anda tolak epf, socso, dan komitmen lain seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta baru, gaji bersih anda hendaklah melebihi RM1,200 dan ke atas.

2. RM1,200 ialah jumlah minimum untuk individu yang tinggal di kawasan kampung. Untuk yang tinggal di bandar sekurang-kurangnya RM1,400. Ini dipanggil kos sara hidup atau living cost.

3. Dari sudut pandangan bank, jika diberi pinjaman untuk individu yang bergaji kurang dari RM1,400 bagaimana individu tersebut mahu membayar kos membela kereta. Kos membela kereta ialah kos servis, kos bayaran bulanan kereta, kos tol, kos parking, kos roadtax & insurance, kos minyak.

4. Kos untuk hidup individu itu seperti makan, minum, tempat tinggal, telefon sudah dalam anggaran RM1,000 minimum. Jika individu itu sudah berkahwin, lagi tidak logik jika masih memberi pinjaman.

5. Untuk mengira dengan lebih details dan tepat komitmen bulanan anda, anda boleh lihat artikel saya yang bertajuk "Cara Mengira Commitment Semasa Proses Beli Kereta".

Apakah Elaun Yang Tidak Diambil Kira Oleh Pihak Bank?

1. Elaun yang tidak diambil kira ialah elaun seperti elaun pengangkutan, elaun telefon, dan klaim (claim).

Adakah Bank Mengira Bonus?

1. Ada bank yang kira dan ada bank yang tidak mengambil bonus sebagai pendapatan.

2. Kiraan untuk bonus ialah Bonus x 60% = Jumlah akhir bonus. 


APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA PERODUA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/


p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!


Kesimpulan

1. Jika anda sudah faham mengenai kiraan gaji, boleh lihat artikel saya yang bertajuk "Cara Mengira Commitment Semasa Proses Beli Kereta".

2. Proses-proses membeli kereta mudah jika anda faham setiap langkah yang diambil dan memahami apa kehendak bank.

3. Bagi saya selain memahami kehendak bank, anda perlu tahu bank apa yang tepat dan bersesuaian dengan case anda. Boleh contact assistant saya untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini  https://ispeedteam.wasap.my

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan tinggalkan komen di bawah atau terus menghubungi saya ye.

5. Semoga sedikit sebanyak ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan oleh anda dan syarat saya hanya satu, doakan rezeki saya murah.


Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/


Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com

Professional Perodua Sales Advisor,
Azeri Azaman






Comments

  1. Salam,,sy nak tanya umur sy 24 tahun,,bekerja swasta,,pengalaman 5 tahun bekerja,tiada apa2 komitmen,basic rm1700,,gji bersih+ot+elaun rm 2400,sy bercadang hendak mbeli kereta nissan almera,dan sy tiada lesen,,lepas ke??dan perlu guarntor ke??tq,buat pengetahuan tuan sy sudah sdiakn deposit rm10k perlu lg ke utk buat loan bank??

    ReplyDelete
  2. Assalam...sy nk ty klau income 8k mniaga sendiri...boleh ke submit loan utk honda civic baru ...dpaymnt rm40k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nk tnye,kalo meniaga sendiri dan nk buat full loan kereta 2nd..kebiasaan nye apa kriteria utk lulus ye

      Delete
    2. haha.gaji 8k nak angkat civic. gua gaji 21k sebulan pon pakai myvi je.

      Delete
  3. Assalam ..sy nak tnya umur 20 gji bersih 1600lbih ..bmint dgn myvi 1.5se ..klau tung jd pnjmin blh ke umur dia 33 gji brsih 2-3k lbh ..blh ke dia jadi pnjmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..penjamin sape? Email saya di azeriazaman@gmail.com

      Delete
  4. Salam,.sy ambik preve second harga dlm 35-45k buat full loan gaji sy bersih 1550++ ot,.abg sy jadi grantor sy,.sebelum ni submit loan tpi bank mintak grantor tpi sy takda grantor masa tu,.nama sy dah kena reject ke kalau mcm tu ?

    ReplyDelete
  5. Salam,.sy ambik preve second harga dlm 35-45k buat full loan gaji sy bersih 1550++ ot,.abg sy jadi grantor sy,.sebelum ni submit loan tpi bank mintak grantor tpi sy takda grantor masa tu,.nama sy dah kena reject ke kalau mcm tu ?

    ReplyDelete
  6. salam..mohon bertanya:
    ~ adik baru dpt kerja tetap baru 2 bulan:
    a)swasta
    b) gaji bersih dlm rm 1200
    ~grantor ialah saya:
    a)kerja gov..tetap
    b)bergaji dlm rm3k (bersih)
    c)komitmen ptpn,loan kereta dan grantor pinjmn
    pelajaran suami
    Adakah adik saya layak utk loan kereta? sekiranya layak range harga kereta yang sesuai dgn dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..gtor sape? Basic adik sape? wasap 01139080919

      Delete
  7. Salam
    Saya ada gaji bersih rm1800++....dulu pernah ada loan dgn Aeon,tapi dah buat settlement last year November. Yg ADA cuma PTPTN sahaja pada ccris.

    So Nak tanya,saya layak beli Kereta apa ? Untuk makluman komitmen bulanan saya(selepas gaji bersih) hanya Sewa bilik sahaja.

    ReplyDelete
  8. basic saya 2k...kerja kerajaan..ada high komitmen tetapi bayaran cantik tiap bulan. gaji bersih tingga rm1200 ..boleh ke mohon loan saga baru

    ReplyDelete
  9. Assalam... Saya berumur 24 tahun.. gaji kasar 1600.. setelah tolak epf baki dalam 1400 ke atas.. lulus ke kalau sy nk amik kereta persona yg baru???

    ReplyDelete
  10. xpernah buat loan,ccris no record.blh x buat loan keta honda RM 65k , klu xde penjamin, ada cara lain x?

    **mira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mira. Whatsapp saya 01139080919 untuk saya check kelayakan

      Delete
  11. Salam. Saye nak apply myvi 2018 manual. Gaji bersih 1.3k dan ade guarantor gaji lebih kurang 3k. Boleh lepas ke loan ?

    ReplyDelete
  12. salam... sy 31 btkrja kt suasta tolak cmpur lbih masa sy boleh dapat 2800 per month tolak epf 250, bayar sewa umah bersih sy dpat 2k, dulu sy prnah buat pinjanman kat cimb islamic 11 tahun yg lepas 20k semua dh setel 4 tahun lepas, tapi sy ade rekod ctos utang motor 3k. boleh tak sy buat loan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..basic berapa? Ada satu bank je yang boleh kalau ctos ni.

      Delete
    2. Basic 2600' gaji sy 100 per day. kadang2 sy krja lebih masa campur dngan elaun 200-300 per month?

      Delete
    3. masa sy update kat kwsp epf sy, bulan Nov 208, tapi bulan Okt 176, bulan sep 228, bulan December belum kluar lgi, socso sy x tau berape i kena potong.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. saya umur 19 but not officially. nak ambil kelisa auto. gaji bersih 1k

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..saya berumur 33thn..gaji basic 1600,bersih 1400 nk beli saga 1.3std no gtor.
    komitmen ptptn.tp smpi skrg loan x lps.ada cara mcm mn nk lps ye.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..sy berumur 32 thn gaji brsih sy 1500 boleh ke kalu sy nak beli kereta secondhand myvi

    ReplyDelete
  17. salam,

    umur 31 tahun kerja lebih dari 1 tahun .
    basic rm2k, lepas tolak EPF tinggal dlm RM1700+.Bulanan sy ade komitmen PTPTN RM150.Sy ada letak penjamin ayah sy yg dah pencen pndpatan slpas pencen bwh 3k. Sy pernah memohon loan dengan bank islam tapi xlulus. ade x cara untuk sy lulus pinjaman.

    Terimkasih

    ReplyDelete

Post a Comment

JEMPUT KE WEBSITE RASMI SAYA UNTUK MAKLUMAT UPDATED.


https://www.ispeedautomotive.com


Salam dan selamat sejahtera.


Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Saya Azeri Azaman.


Apa beza saya dengan Sales Advisor di luar sana?


1. Pinjaman kenderaan


Kepakaran saya ialah di bahagian pinjaman kereta kerana sebelum ini saya berkhidmat di bank sebagai senior officer. Saya sudah menerima beribu-ribu kes untuk di proses sepanjang perkhidmatan saya. Ada beza di antara orang yang mengaku pakar dan orang yang hari-hari proses loan. Diharapkan pengetahuan saya serba sikit di bahagian pinjaman kereta ini akan melancarkan dan memudahkan loan anda.


2. Networking


Saya ada hubungan yang baik dengan banker-banker lain sebabnya semua tu kawan-kawan saya. Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan dealer-dealer model kereta lain di kawasan lembah klang dan selangor.


3. Pembelian kereta secara online


Saya ada reputasi yang baik di dalam penjualan kereta secara atas talian ataupun online dan perkhidmatan online saya dipercayai sejak tahun 2013 lagi.


4. Free Professional Consultant


Saya boleh memberikan nasihat bagaimana untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah anda. Saya juga bersedia memberi tunjuk ajar persediaan sebelum dan semasa anda membeli kereta.


5. Free Gift


Bagi saya, urusan loan itu lebih penting. Jika lulus, free gift yang berbaloi akan diberikan kepada anda.


6. Tiada booking fee, advance fee


Tiada cas di kenakan jika sekadar hendak mencuba masuk loan. Selepas loan lulus dan untuk booking kereta sahaja booking fee akan di cas.


7. Perkhidmatan seluruh Malaysia


Kalau ada dari negeri lain selain Selangor dan Kuala Lumpur yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya, tiada halangan. Kereta akan dihantar ke rumah anda. Cuma bank yang boleh masuk loan sedikit terhad.



Boleh contact assistant saya En Khairil untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini https://ispeed.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com

Jika anda sudah bersedia, klik Begin Your Purchasing Journey di side bar menu!

Sebahagian client En Azeri

Sebahagian client En Azeri
Klik gambar untuk membaca review
Silakan klik pada side bar menu di bahagian kiri atas untuk melihat keseluruhan kandungan website.

Sila klik pada Home untuk kembali ke halaman utama dan melihat kembali side bar menu.

SILA KE WEBSITE RASMI SAYA

https://www.ispeedautomotive.com

Boleh contact assistant saya untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini https://ispeed.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com