Bersedia untuk membeli kereta Perodua dari saya?
PERHATIAN: HANYA UNTUK PELANGGAN YANG BERSEDIA DAN SERIUS UNTUK MENJADI PEMILIK PERODUA!
Jadi anda sudah bersedia untuk membeli kereta perodua dengan saya? Jika masih teragak-agak untuk mempercayai perkhidmatan saya, boleh lihat di halaman "personal profile" dan "company profile". Jika ingin melihat review dari klien saya boleh lihat di Facebook ataupun klik saja di halaman "client review" di sidebar menu. Bila anda sudah bersedia, kembali ke halaman ini dengan klik di "the process flow" di menu ya.
Jadi anda sudah bersedia? Mari kita lihat proses-proses yang terlibat apabila serius hendak membeli kereta Perodua melalui saya.
Proses 1: WhatsApp saya.
Proses 2: Consultation
Selepas menerima mesej dari anda, saya akan memberi pendapat yang jujur berkenaan case anda. Jika case anda tidak boleh lulus buat masa sekarang, saya akan memberi nasihat untuk menyiapkan case anda untuk dihantar di bank supaya lulus pada masa akan datang.
Proses 3: Quotation
Anda akan menerima quotation dari saya. Quotation ini berbeza untuk setiap individu. Saya akan terangkan lebih lanjut masalah yang ada, bank mana yang boleh terima case anda, berapa hari untuk proses case anda, free gift apa yang anda dapat dan maklumat-maklumat tambahan yang lain. Jika anda bersetuju dengan quotation yang diberi, saya akan minta dokumen-dokumen yang diperlukan. Untuk persediaan awal, rujuk "document list" yang diperlukan apabila memohon pinjaman kereta. Dokumen-dokumen yang diperlukan berbeza mengikut orang dan sumber pendapatan.
Proses 4: Penyerahan Document oleh pelanggan
Jika dokumen semua sudah lengkap, email saya di azeriazaman@gmail.com atau WhatsApp saya dokumen tersebut. Semua maklumat dan dokumen pelanggan akan sentiasa saya jaga dengan baik dan rahsia.
Proses 5: Isi borang peminjaman kereta
Borang ini mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak bank. Maklumat yang lengkap memudahkan Processing Officer bank menyiapkan case anda secepat mungkin untuk diberi kepada Pengurus bank. Ada bank yang hanya menggunakan borang maklumat saya tanpa perlu interview pelanggan saya. Jadi borang ini sangat penting untuk diisi dengan maklumat yang tepat.
Proses 6: Track & Trace V1
Anda akan menerima satu link untuk memeriksa status peminjaman dan pemilikan kereta Perodua anda. Apa-apa saja perkembangan mengenai case anda akan di update di situ. Jadi ia memudahkan anda untuk mengetahui apa-apa maklum balas dari setiap bank jika saya tidak sempat untuk update anda. Dari situ anda juga boleh menyediakan apa-apa dokumen tambahan yang diminta oleh bank secepat mungkin untuk mempercepatkan proses pinjaman kereta Perodua anda.
Proses 7: Penyerahan Dokumen kepada Bank
Apabila dokumen dan borang sudah lengkap, saya akan menghantar terus hard copy case anda kepada bank. Mengikut pengalaman saya, jika case tersebut sudah siap secara hard copy tanpa perlu print apa-apa dokumen dari email, case tersebut akan diberi priority kerana sudah lengkap. Walaupun sebenarnya lagi cepat hantar email kepada rakan saya di bank tapi sebenar-benarnya, mereka lebih suka hardcopy. Walaupun bank tu jauh, saya tetap akan hantar hard copy kepada mereka atas sebab case pelanggan saya akan lebih cepat. Akan tetapi jika ada perkara-perkara yang menghalang, saya terpaksa email atau whatsapp saja dokumen kepada rakan di bank.
Proses 8: Status Pinjaman Kereta
Saya akan maklumkan kepada anda mengenai status kereta sama ada lulus atau tidak.
Proses 9: Sign Agreement
Jika lulus, anda boleh sign agreement di bank atau ada bank yang officer sendiri akan turun padang untuk ke tempat anda. Tetapi untuk menyenangkan rakan saya di bank, selalunya mereka percaya untuk menyerahkan perjanjian kereta untuk saya bawa kepada pelanggan. Menyenangkan kerja mereka dan juga menyenangkan pelanggan saya.
Proses 10: Tempoh menunggu kereta sampai
Jika kereta anda ready stock, kereta tersebut boleh terus di register tetapi jika tidak ada tempoh menunggu yang akan saya beritahu. Jangan kelam kabut untuk mencari dealer atau salesman yang ada stock, saya sendiri akan cuba mencari di dealer-dealer rakan saya jika tiada stock. Tetapi jika memang betul-betul stock tiada di mana-mana dealer, anda terpaksa menunggu sehingga kereta anda sampai. Untuk mana-mana pelanggan yang sudah ada approval dari bank tetapi mencari saya untuk mendapatkan stock, maaf saya tidak akan layan sebab saya tau bukan senang nak dapatkan approval dari bank dan pelanggan tidak membayar apa-apa kos kepada sales advisor tu. Dalam tempoh menunggu ini, anda boleh mula simpan duit untuk downpayment kereta dan kos-kos lain. Bank selalunya mengenakan syarat tertentu jika case anda sukar untuk lulus seperti auto life dan 1 month advance payment. Itu bayar kepada bank dan bukannya dealer.
Proses 11: Registration
Apabila kereta sudah sampai, selesaikan apa-apa bayaran yang tertunggak dan pihak saya akan register kereta anda secepat mungkin.
Proses 12: Penghantaran Kereta
Anda boleh ambil kereta Perodua anda di showroom saya ataupun saya boleh hantar kepada anda di rumah atau mana-mana tempat yang anda mahu.
Jika ada sebarang pertanyaan jangan segan-segan komen di bawah. In sya Allah saya akan reply satu per satu.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA PERODUA BARU?
1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
Professional Sales Consultant anda,
Azeri Azaman
Comments
Post a Comment