Maklumat Lengkap Skim Graduan Perodua

PERHATIAN: MAKLUMAT LENGKAP SKIM GRADUAN PERODUA UNTUK PARA LEPASAN IPT YANG INGIN MEMBELI KERETA PERODUA DENGAN PINJAMAN PENUH DAN TANPA PENJAMIN


Dari tadi baca website sana, baca website sini dan mencari-cari maklumat dan penerangan yang lengkap mengenai skim graduan. Jangan risau, anda telah tiba di website yang tepat dan saya menjanjikan anda akan berpuas hati dengan informasi mengenai skim graduan perodua yang saya berikan.

Maklumat Lengkap Skim Graduan Perodua


Telah banyak pelanggan saya, yang saya bantu untuk mendapatkan pinjaman penuh kereta Perodua dan saya sendiri berbesar hati apabila pegawai bank Muamalat, sahabat saya yang membantu saya untuk menguruskan pinjaman kereta melalui skim graduan pun memberikan kepercayaan untuk menguruskan pinjaman kereta beliau. Bank Islam juga memberikan cenderamata kepada saya apabila saya membantu pegawai bank untuk hit quota skim graduan setiap bulan. Jadi anda ingin turut dibantu?

Pegawai Bank Muamalat


Untuk permulaan, terdapat dua bank di Malaysia iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat yang menawarkan Skim Graduan Perodua kepada pelajar lepasan IPT dan IPTA serta kolej-kolej lain. Terdapat sedikit perbezaan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua bank tersebut namun masing-masing mempunyai kelebihan yang sama iaitu memberikan pinjaman penuh kereta Perodua dan pelanggan tidak perlu mempunyai penjamin.

Inisiatif ini diperkenalkan kerana para graduan selalunya mempunyai masalah untuk mendapat pinjaman daripada bank-bank biasa disebabkan oleh risiko kewangan yang ada pada mereka. Contohnya baru bekerja dan tidak mempunyai rekod pinjaman. Kedua-dua faktor ini cukup untuk membuatkan bank takut untuk memberikan pinjaman apatah lagi pinjaman penuh. Saya sendiri semasa menjadi Senior Banker Hire Purchase cukup takut dengan case-case yang melibatkan para graduan kerana risiko yang tinggi. Mereka mungkin tidak dapat menyambung pembayaran kerana sambung belajar, menganggur dan sebagainya. Selalunya jika ingin memberikan kelulusan untuk kes begini, saya akan meminta penjamin ibu bapa atau suami isteri. Selain dari itu saya tak benarkan.

Perodua Axia 1.0 SE Auto


Apakah faktor-faktor yang memerlukan anda menggunakan Skim Graduan Perodua ini?

1. Anda tiada penjamin yang berkelayakan. Masuk tahun ini, kesemua bank tidak lagi membenarkan adik beradik, saudara mara, kawan-kawan menjadi penjamin kepada anda. Hanya ibu bapa dan suami isteri sahaja yang dibenarkan. Untuk para graduan yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan dan ingin merubah nasib keluarga, selalunya mereka masih bujang dan ibu bapa pula hanya bekerja kampung. Jadi memang mustahil untuk memberikan penjamin.

2. Anda bekerja kurang dari setahun. Dari sudut mata bank, jika anda bekerja lebih setahun, itu menunjukkan anda sudah menetapkan karier anda di dalam bidang yang anda bekerja dan anda serius untuk menjaga pretasi kewangan anda. Jadi ini menimbulkan masalah kepada mereka yang bekerja kurang dari setahun dan sudah lompat ke syarikat yang lain atau terus menganggur. Selain itu, untuk para graduan yang memerlukan kereta sebagai medium pengangkutan untuk ke tempat kerja jika tidak ingin dibebani dengan kos pengangkutan awam yang semakin tinggi.

3. Anda tidak mempunyai downpayment ataupun duit muka. Di Malaysia, bank negara telah menetapkan setiap pinjaman kereta, pihak bank mestilah membiayai hanya 90% sahaja dari nilai "on the road" kereta itu. Namun ada cara untuk mendapatkan pinjaman penuh tapi masih mematuhi syarat dari Bank Negara. Jika anda ingin memahami dengan lebih lanjut boleh rujuk di artikel saya yang bertajuk "Apa maksud full loan atau pinjaman penuh yang selalu sales advisor iklankan?". Para graduan yang baru bekerja sebulan dua mana mungkin mempunyai duit simpanan untuk menyediakan downpayment kereta kerana selalunya gaji permulaan untuk lepasan diploma RM1,800 dan untuk degree RM2,000 ke atas. Kos untuk hidup pun semakin tinggi sekarang ini.

4. Anda memerlukan kereta secepat mungkin. Jika para graduan harus bekerja selama setahun dan menyediakan duit muka atau "downpayment", masa yang lama perlu diambil. Jika terdapat desakan untuk mendapat kereta seperti rumah jauh dari tempat bekerja, tiada pengangkutan awam dan syarat bekerja di syarikat yang memerlukan kereta, para graduan selalunya akan buntu. Jadi dengan adanya skim graduan ini, para graduan boleh kembali tersenyum dan membeli kereta yang mereka inginkan dan seterusnya keluar dari masalah-masalah yang dinyatakan.

5. Jika anda merupakan graduan seperti di atas, maka elok lah kiranya anda meneliti satu persatu syarat-syarat Skim Graduan Perodua dan membeli melalui saya.



Syarat-syarat Skim Graduan Perodua:

1.  Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mesti mempunyai sijil diploma atau degree dan ke atas. Jika anda belum convo, anda perlu menyediakan surat tamat belajar. Boleh minta daripada universiti atau kolej anda.

2. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mesti bekerja di syarikat Sdn Bhd yang telah didirikan lebih dari 3 tahun. Untuk Bank Muamalat, syarikat mesti melebihi umur 5 tahun. Syarikat mesti stabil. Disebabkan skim graduan perodua ini berisiko, jadi pihak bank mesti memastikan syarikat tempat graduan bekerja dapat memberikan pekerjaan kepada graduan di masa-masa akan datang. Untuk yang bekerja kerajaan, syarikat GLC dan syarikat-syarikat besar dan ternama, anda tidak perlu risau kerana syarikat anda diterima oleh Bank Islam dan Bank Muamalat.

3. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mest bergaji pokok atau basic RM2,000 ke atas atau gaji pokok + elaun tetap RM2,000 ke atas dinyatakan di surat tawaran bekerja. Untuk yang bergaji kurang dari RM2,000 dan ada komisyen tak layak untuk memohon skim graduan. Gaji pokok tambah elaun telefon, elaun pengakutan walaupun tetap juga tidak layak kerana elaun tersebut akan digunakan setiap bulan untuk tujuan telefon dan pengakutan. Sebarang elaun claim juga tidak diterima. Jelas?

4. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mesti mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan tetap disini bermaksud setiap bulan, anda akan menerima jumlah gaji yang telah dinyatakan. Tidak kurang dari jumlah gaji itu. Potongan epf dan socso wajib ada.

5. Syarat Skim Graduan Perodua ialah status pekerjaan percubaan (probation), tetap (permanent) atau kontrak (contract) adalah layak untuk memohon skim graduan perodua. Akan tetapi ada syarat spesial untuk yang berstatus kontrak (contract), baki kontrak anda mesti melebihi 6 bulan. Jika kurang, anda perlu memohon satu surat dari syarikat anda yang menyatakan anda akan disambung kontrak. Satu lagi syarat, kontrak anda mestilah diperbaharui setahun sekali. Untuk mereka yang bekerja kontrak renew 6 bulan atau 3 bulan sekali, tidak layak memohoh skim graduan perodua.

6. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda hanya memohon pinjaman kereta untuk kereta baru sahaja. Skim graduan ini terbuka untuk pemohon yang ingin membeli kereta baru Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Ford dan jenama lain. Ada graduan yang bertanya jika beli kereta Perodua secondhand boleh ke guna skim graduan. Lebih murah harganya. Jawapannya, anda boleh membeli kereta secondhand tetapi bukan melalui skim graduan. Kereta secondhand lebih berisiko dan disebabkan itu anda akan mendapati interest atau bunga yang bank berikan untuk kereta secondhand lebih tinggi dari kereta baru. Bukan saya hendak menakutkan anda tetapi risiko seperti kereta rosak, ditipu oleh jurujual yang jahat, dan lain-lain merupakan antara faktor yang digeruni oleh pihak bank. Jika pelanggan mereka ditimpa masalah ini, selalunya mereka tidak mahu membayar balik pinjaman kereta yang diberikan kepada mereka. Pihak bank tiada cara lain selain terpaksa "blacklist"-kan nama mereka setelah pihak bank telah berusaha mendesak mereka untuk membayar pinjaman kereta mereka. Orang yang dah lama pun dah ditipu berkali-kali, inikan pula graduan yang baru bekerja dan berisiko tinggi. Jadi langkah terbaik belilah kereta baru dengan saya, En Azeri Azaman. Walaupun sekecil Perodua Axia, anda tahu anda tidak ditipu dan tiada kerosakan pada kereta baru.

7. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda tiada tunggakan pinjaman PTPTN. Walaupun kerajaan ada menyatakan gaji bawah RM4,000 tidak perlu membayar PTPTN tetapi sebenarnya dalam CCRIS Report anda, rekod masih berjalan. Jika tidak membayar rekod akan menjadi lebih teruk. Apabila pegawai bank menyatakan anda perlu menyelesaikan tunggakan PTPTN, bermakna anda perlu menyediakan satu surat yang diterima dari PTPTN yang menyatakan tiada lagi tunggakan dalam akaun pinjaman pelajaran anda. Dengan adanya surat itu, pihak bank dapat meneruskan kembali proses pinjaman kereta anda. Anda boleh menyelesaikan tunggakan itu dengan menggunakan akaun KWSP jika tiada wang di tangan. Boleh rujuk di website KWSP berkenaan pembayaran tunggakan PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP.

8. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mestilah berumur kurang dari 30 tahun. Kalau umur anda sudah lebih 30 tahun, anda boleh cuba memohon pinjaman kereta seperti rakyat marhain yang lain.

9. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda tiada masalah kewangan seperti "blacklist", CTOS dan sebagainya. Contohnya, jika anda ada menggunakan khidmat telco seperti Celcom dan anda tidak membayar bil. Pihak Celcom hantar nama anda untuk direkodkan di CTOS. Jadi, anda perlu membayar bil telefon anda, dapatkan surat penyelesaian (settlement letter), dan berikan kepada pegawai bank. Baru pegawai bank dapat memproses kembali pinjaman kereta Perodua anda.

10. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda mempunyai lesen memandu kereta. Pihak bank sangat tidak suka jika ada third party yang memandu kereta anda. Jika tiada lesen memandu kereta untuk digunakan bagi memohon skim graduan, anda perlu menyediakan penjamin dengan dokumen selengkapnya. Akan tetapi case sebegini jarang-jarang mendapat kelulusan kerana sebab yang telah saya nyatakan.

11. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda telah bekerja sehari atau lebih di syarikat. Bagi graduan yang baru mendapat offer letter, diharap bersabar sehingga anda telah mula bekerja di syarikat itu. Selepas bekerja, hubungi saya dan saya akan uruskan pinjaman kereta anda melalui skim graduan.

12. Syarat Skim Graduan Perodua ialah anda tidak pernah mempunyai sebarang pinjaman kereta melalui Skim Graduan.

13. Program SLIM tidak layak untuk memohon Skim Graduan Perodua.

14. Syarat Skim Graduan Perodua ialah gaji bersih anda mestilah melebihi RM1,000 setelah ditolak komitmen bulanan anda termasuklah komitmen kereta baru anda nanti. Tetapi anda harus berjaga-jaga kerana makin kurang gaji bersih anda, bermakna makin kurang juga jumlah pinjaman kereta yang anda layak pohon.

15. Setelah pinjaman anda lulus, bank ada menetapkan "condition" atau pinjaman bersyarat. Untuk Bank Islam, advance sebulan bayaran bulanan (1 month advance payment) dan insurance auto life. Untuk Bank Muamalat, advance 2 bulan bayaran bulanan ( 2 months advance payment) dan insurance auto life.

16.Setakat ini sahaja syarat-syarat Skim Graduan seingat saya. Jika anda ada sebarang persoalan boleh la tinggalkan komen di bawah atau hubungi saya di WhatsApp. Jika tinggalkan komen, kawan-kawan lain boleh tau sekali. Lebih bermakna jika ilmu dikongsi. Jadi seterusnya kita lihat pula dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Skim Graduan Perodua.






Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Skim Graduan Perodua?

Wajib
1. Salinan Kad Pengenalan depan belakang.
2. Lesen Memandu Kereta. Jika tiada sediakan penjamin ibu atau bapa yang mempunyai lesen berserta dokumen mereka.
3. Surat Tawaran Bekerja atau offer letter.
4. Sijil Diploma, Degree, Master, Phd. Jika belum convo, sediakan surat tamat belajar dari universiti atau kolej anda.

Sunat atau Optional
1. 3 bulan slip gaji. Jika tiada bagi slip gaji yang ada. Jika tiada juga, tidak perlu.
2. 3 bulan penyata bank atau bank statement. Penyata bank yang diberi mestilah di bank yang gaji anda dimasukkan. Jika gaji anda baru masuk sebulan, bagi sebulan sahaja penyata bank.
3. Tag ID. Jika tiada pihak bank selalunya akan buat site visit ke tempat anda bekerja untuk mengesahkan status pekerjaan anda.
4. Penyata KWSP atau EPF Statement. Bagi penyata KWSP untuk tahun terkini.





Berapa lama proses Skim Graduan Perodua?

1. Proses pinjaman berbeza untuk kedua-dua bank iaitu Bank Muamalat dan Bank Islam.

2. Bagi Bank Muamalat, hanya mengambil 3 atau 4 hari bekerja. Selalunya rakan saya tolong buat sehari dua saja akan tetapi Bank Muamalat menerima permohonan untuk yang bergaji pokok RM2,300 ke atas sahaja.

3. Proses Skim Graduan Bank Islam pula mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu dan ke atas. Ini disebabkan pegawai Bank Islam melakukan setiap step atau langkah tanpa sebarang pertolongan dari pegawai yang lain. Mereka tidak mempunyai Processing Officer, Disbursement Offficer, jadi kerja mereka banyak. Tambahan pula untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor hanya terdapat dua Bank Islam yang menguruskan Auto Financing / Hire Purchase atau Pinjaman Kereta. Satu di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan satu lagi di Shah Alam, Selangor. Cuba anda bayangkan case-case di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kepada mereka. Jadi apa yang boleh saya harapkan ialah anda bersabar bila memohon skim graduan perodua ini. Baru sebentar ini saya menerima permohonan Skim Graduan Perodua, disebabkan Sales Advisor pelanggan saya sebelum ini gagal mendapat kelulusan melalui skim graduan setelah 2 bulan memohon. Jadi anda perlu memilih Sales Advisor yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai bank tempat anda memohon pinjaman.

4. Pegawai-pegawai bank juga akan melakukan site visit ke syarikat anda jika ada permintaan daripada HQ. Akan berlaku pertambahan masa disini.

5. Jika anda hendak cepat boleh memohon pinjaman dari Bank Muamalat tetapi sila rujuk syarat yang telah saya nyatakan di atas.


Berapakah tempoh pinjaman, interest dan margin pinjaman untuk Skim Graduan Perodua?

1. Interest atau bunga dari 3.0% ke 3.6% untuk kereta Perodua dan Proton.
2. Interest atau bunga dari 2.9% ke 3.35% untuk kereta non-national seperti Honda, Toyota dan lain-lain.
3. Tempoh pinjaman maksimum ialah 9 tahun tetapi anda boleh memohon untuk mengurangkan tempoh pinjaman ke 7 atau 5 tahun jika anda ingin menghabiskan pinjaman secepat mungkin.
4. Margin pinjaman ialah 100%. Maksudnya ialah anda boleh memohon pinjaman penuh atau full loan melalui skim graduan. Tidak menjadi masalah jika anda ingin mengurangkan jumlah pinjaman dengan memberikan duit muka atau downpayment.

Apakah kelebihan Skim Graduan berbanding loan biasa?

1. Melalui skim graduan anda boleh mendapatp pinjaman penuh tanpa perlu membuat mark up loan. Jika anda ingin rujukan lanjut boleh melihat artikel saya yang bertajuk "Apakah maksud full loan atau pinjaman penuh yang selalu Sales Advisor iklankan?"

2. Tidak perlu bekerja lebih setahun. Sehari bekerja sudah boleh memohon melalui skim graduan.

3. Tidak perlukan penjamin.

4. Tidak perlu rekod kewangan di CCRIS Report. Rujuk artikel saya yang bertajuk "Loan kereta anda di reject sebab CCRIS?"

5. Ibra' atau rebate apabila melakukan penyelesaian penuh pinjaman atau "full settlement sebelum tempoh matang pinjaman.


Kereta Perodua apa yang layak dengan gaji saya?

1. Untuk gaji RM2,000 anda boleh memilih Perodua Axia 1.0 G Std Auto, Perodua Axia 1.0 SE Auto, Perodua Axia Advance, Perodua Bezza 1.3 Premium X Auto. Untuk Proton, anda boleh memilih Proton Saga 1.3 CVT Standard, Proton Saga 1.3 CVT Executive, Proton Saga 1.3 CVT Premium. Pinjaman kereta bawah RM43,000.

2. Untuk bergaji RM2,200 atau RM2,300 anda boleh mencuba Perodua Bezza 1.3 Advance, Perodua Myvi 1.3 dan Perodua Myvi 1.5 serta Perodua Alza 1.5. Untuk proton pula anda boleh memilih Proton Persona 1.6 Premium ke bawah dan Preve 1.6 Executive. Loan RM60,000 ke bawah

3. Untuk yang bergaji RM2,500 ke atas boleh la mencuba Proton Preve 1.6 dan Proton Exora.

4. Kelayakan ini untuk yang tidak ada sebarang komitmen lagi kecuali PTPTN.




Bagaimana saya nak mohon Skim Graduan Perodua?

1. Anda boleh memohon melalui saya. Boleh rujuk artikel saya yang bertajuk "Proses Beli Kereta Perodua". Untuk semakan awal, sila klik Kuiz Semak Kelayakan Loan Kereta.

2. Untuk mendapatkan rujukan mengenai kereta Perodua sila lihat di side bar menu.

3. Semoga sedikit ilmu dan informasi mengenai Skim Graduan Perodua ini dapat membantu para graduan di luar sana untuk memiliki kereta Perodua anda dan menjadi amal jariah untuk saya di akhirat kelak. Doakan saya mendapat pahala dan di murahkan rezeki ya. Sila tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan. Pertanyaan anda dapat membantu saya melengkapkan lagi artikel ini.


APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA PERODUA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

Boleh contact assistant saya untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini  https://ispeedteam.wasap.my

Untuk maklumat lanjut boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

Author,

Azeri Azaman
Professional Perodua Sales Consultant





Comments

JEMPUT KE WEBSITE RASMI SAYA UNTUK MAKLUMAT UPDATED.


https://www.ispeedautomotive.com


Salam dan selamat sejahtera.


Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Saya Azeri Azaman.


Apa beza saya dengan Sales Advisor di luar sana?


1. Pinjaman kenderaan


Kepakaran saya ialah di bahagian pinjaman kereta kerana sebelum ini saya berkhidmat di bank sebagai senior officer. Saya sudah menerima beribu-ribu kes untuk di proses sepanjang perkhidmatan saya. Ada beza di antara orang yang mengaku pakar dan orang yang hari-hari proses loan. Diharapkan pengetahuan saya serba sikit di bahagian pinjaman kereta ini akan melancarkan dan memudahkan loan anda.


2. Networking


Saya ada hubungan yang baik dengan banker-banker lain sebabnya semua tu kawan-kawan saya. Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan dealer-dealer model kereta lain di kawasan lembah klang dan selangor.


3. Pembelian kereta secara online


Saya ada reputasi yang baik di dalam penjualan kereta secara atas talian ataupun online dan perkhidmatan online saya dipercayai sejak tahun 2013 lagi.


4. Free Professional Consultant


Saya boleh memberikan nasihat bagaimana untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah anda. Saya juga bersedia memberi tunjuk ajar persediaan sebelum dan semasa anda membeli kereta.


5. Free Gift


Bagi saya, urusan loan itu lebih penting. Jika lulus, free gift yang berbaloi akan diberikan kepada anda.


6. Tiada booking fee, advance fee


Tiada cas di kenakan jika sekadar hendak mencuba masuk loan. Selepas loan lulus dan untuk booking kereta sahaja booking fee akan di cas.


7. Perkhidmatan seluruh Malaysia


Kalau ada dari negeri lain selain Selangor dan Kuala Lumpur yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya, tiada halangan. Kereta akan dihantar ke rumah anda. Cuma bank yang boleh masuk loan sedikit terhad.



Boleh contact assistant saya En Khairil untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini https://ispeed.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com

Jika anda sudah bersedia, klik Begin Your Purchasing Journey di side bar menu!

Sebahagian client En Azeri

Sebahagian client En Azeri
Klik gambar untuk membaca review
Silakan klik pada side bar menu di bahagian kiri atas untuk melihat keseluruhan kandungan website.

Sila klik pada Home untuk kembali ke halaman utama dan melihat kembali side bar menu.

SILA KE WEBSITE RASMI SAYA

https://www.ispeedautomotive.com

Boleh contact assistant saya untuk menyemak kelayakan loan kereta anda. Klik link ini https://ispeed.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut boleh ke website baru saya https://www.ispeedautomotive.com